Apa Salahnya!

Sekarang ni kes yg hot diperkatakan ialah isu PPSMI. Kenapalah kalau ada yg sokong mesti ada yg membangkang! Ops lupa..Kalau tak de macam tu, tak maju la kita n kan. Abeh kenapa nak mempertikaikan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Math dan Sains. Alasan orng yg membangkang “Tak semua pelajar reti bahasa orang putih” ade pulak yg cakap “Nak martabatkan Bahasa Melayu takut nanti bahasa Ibunda pupus” Susah betul nak cakap..Ti kalau terlepas tulis kene baned la pulak. Kita ni sering sahaja hendak mengambil jalan mudah. Semua benda nak senang, sepatutnya masalah ini tidak perlulah diperbesar-besarkan. Sememangnya tak salah rasanya jika kedua2 subjek ini diajar di dalam Bahasa Inggeris malah ia memberi banyak manfaat kepada pelajar. Tiada beza sebenarnya jika matapelajaran ini dialih kepada bahasa asing malah ia memudahkan para pelajar memahami matapelajaran tersebut. Kenapa masyarakat sekarang takut hendak mengalami perubahan? Itu baharu sedikit, belum lagi kalau diwajibkan semua pelajar sekolah rendah mengambil matapelajaran Bahasa Asing. Tak rugi sedikit pun. Mungkin betul, tak ramai pelajar yg boleh membawa subjek itu di dalam Bahasa Inggeris..Tetapi sampai bila? Kalau tidak dimulai hari ini..belum tentu masa akan datang Bangsa kita boleh mencapai tahap yg tertinggi! Kita tidak seharusnya menyempitkan pemikiran, kenala selalu berfikiran positif. Ini merupakan batu lonjatan yg seharusnya diambil bukan dipertelingkahkan. Untuk menggugurkan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Math dan Sains adalah tidak wajar rasanya. Lainlah Bahasa kita menjadi Bahasa Utama dunia. Kita perlu akui bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa utama, walau kita benci sekalimanapun, bahasa itu tetap menjadi bahasa Utama dunia. Malah sia2 sahaja jika kita mengenepikan bahasa itu. Ambillah peluang ini, kalau tidak nampak kesannya sekarang jangan ingat masa akan datang masih berwajahkan wajah yg sama. Jangan jadikan alasan orang bandar atau luar bandar, kita sama sahaja. Yang mebezakan hanya satu, pemikirang yg terbuka. Jika kita sentiasa kehadapan sudah tentulah di situ kita akan berada. Curi manfaat ini barulah kita boleh bersaing dengan masyarakat yg lain. Ingat Allah menciptakan semua ilmu itu untuk manusia yg hendakkan kepadaya (ilmu), maka jika kita beriman kepadaNya kejarlah ilmu kejayaan yg dicurahkan olehNya. Kalau orang lain hendak belajar Bahasa kita mengapa tidak kita juga mempelajari bahasa mereka. Mungkin pihak yg bertanggungjawab boleh mengubah corak pembelajaran Math dan Sains ini, supaya Nampak lebih menarik dan mudah. Jangan hanya berasakan teori semata2. Mungkin penglibatan pelajar sekolah rendah dengan kegiatan makmal adalah perlu baharulah kena gayanya dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran tersebut. Mungkin jika hanya tetumpu kepada buku teks menyebabkan para oelajar sukar untuk mempelajari subjek2 berkenaan di dalam bahasa asing. Oleh itu langkah2 sewajarnya perlulah diambil. Pelbagai kajian perlu dilakukan tetapi untuk menggugurkan penggunaan Bahasa Asing amatlah tidak wajar.

Sekian..

“Take an advance if U wants the number One”

Leave a comment